MrAshraf Farhan

MrAshraf Farhan
Seorang REMAJA yang cuba bertahan di Kuantan.

My Favourite Rapper

My Favourite Rapper
ALTIMET

My Favourite DJ

My Favourite DJ
DJ Fuzz

My Favourite Artist

My Favourite Artist
illa Damia and Altimet

Laman Sosial Aku

FACEBOOK: http://www.facebook.com/mrashraff

Kalau ada masalah cari aku kat link atas tuh.

Mr.AshrafFarhan has played Online Game.....

Blackshot Player: rAPPeRz
Highstreet5 Player : TiTaNiC
WolfTeam Player: alambarzakh

Favourites Artist.

-Pelakon Komedi Kesukaan ialah Johan, Zizzan, JepSepah, MamatSepah, Nabil, Usop Wilcha.

-Penyanyi Kesukaan ialah Altimet, JoeFlizzow, Zain Ruffedge, Akim Af7, Zizan, Sonaone, Illa Damia, DJ FUZZ, Aliff Aziz, Anuar Zain, Dafi, Shahir, Tomok.

-Pelakon Filem Kesukaan ialah Syamsul Yusof, Shaheizy Sam, Farid Kamil, Lisa Surihani, Nora Danish, Farid Kamil, Adi Putra, Aaron Aziz, Iqram Dinzly, Rosyam Nor, Jehan Miskin, Zahiril Adzim.


Catatan Popular

"Budaya Memfitnah Dunia Maya"


Dalam kepesatan dunia internet tanpa sempadan kini,aku sedari manusia turut serta secara pro-aktif dalam proses evolusi ini.Yang menyedihkanku ialah apabila evolusi yang seharusnya memberi anjakan ke hadapan ini hakikatnya tanpa disedari membawa satu aspek ke belakang.Apa yang cubaku gambarkan di sini ialah kebejatan moral dan sahsiah generasi millenia.

Seperti yang kita ketahui,dunia internet adalah dunia bebas,di mana semua orang boleh memberi informasi,tidak kira dalam apa jua bentuk sekalipun.Walaupun kebenarannya masih belum pasti tanpa bukti-bukti mengiringi,kita pantas dan mudah rasa teruja bila metod presentasi,cara penyampaian informasi nya menarik.

Fakta atau palsu sudah jadi perkara kedua.Yang pertama perlu isu sensasi,bertambah galak jika dikepilkan bersama gambar-gambar yang hanya Tuhan sahaja yang tahu kesahihannya.Dalam dunia kecanggihan IT,gambar bisa saja jadi ‘mainan’segelintir yang arif.Gambar di’edit’,di’super-imposed’.Hasilnya disebarkan di dunia maya buat tatapan semua.Pastinya,ramai yang percaya tanpa usul periksa dan meneruskan ‘usaha berantai’ dengan menyebarkan kepada komuniti mayanya pula.Begitulah kitarannya.

Bahasa tidak ketinggalan menjadi taruhan.Bahasa sudah jadi bahan mainan dan tidak dihargai bila kata-kata kesat digunakan secara berleluasa.Berhati-hatilah dalam pemilihan kata.Jika ada perselisihan faham ,bersemukalah dan jika mahu digunakan medium internet sebagai perantara,hantarlah e-mail secara peribadi tanpa perlu dicanang seantero dunia maya.Mengaibkan orang,dalam masa yang sama tanpa disedari mengaibkan diri sendiri.”Berkata-katalah dengan perkara yang baik atau diam.”-Itu yang diajar oleh Agama kita.

Aku sedih melihat kita berbalah,memfitnah dalam dunia maya.Kita hidup tidak lama,kawan-kawanku.Mengapa perlu ditambah ‘bekalan yang tidak sepatutnya’ untuk dibawa ke ‘sana’.Setiap tutur kata dan perbuatan kita akan dinilai dan dikira.Aku yakin,100% yakin tiada seorang pun antara kita mahu neraca itu nanti memberatkan dosa lebih daripada pahala dan buku prestasi dunia kita diberikan pada tangan kiri kita kerana itu tandanya destinasi kita sudah pasti bukan syurga.

Akhir kata,aku tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini.Apa yang kutulis di sini adalah nasihat peribadi untuk diriku sendiri juga.Aku hanya ingin berkongsi rasa dan pendapatku dengan semua.Dunia ini akan lebih indah jika kita sama-sama memberi yang terbaik kerana kita adalah ciptaanNya yang terbaik.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca artikelku kali ini.Aku cuba memberi yang terbaik dalam kemampuanku setelah dua hari berjaga tanpa sempat mencuri lena.Maafkan aku jika ada kepincangannya di ‘sini-sana’.Yang baik semuanya dari DIA dan segala kekurangan itu datangnya daripadaku yang serba tidak sempurna..

Mesej ini daripada,
Ashraf Farhan.

Senarai Blog Yang Aku Suka